the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.

Wan Mohd Roshidi Wan Mustapha, 42, selaku pemilik perniagaan TG Rizal Global Ventures yang memegang lesen borong minyak masak didakwa gagal menyelenggara buku stok bagi minyak masak yang tidak mengandungi maklumat berkaitan tarikh pembelian dan penjualan barangan kawalan, kuantiti pembelian dan penjualan barang kawalan, harga pembelian dan penjualan barangan kawalan dan nama serta alamat pembeli dan penjual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pusat beli-belah Sunway Putra, di sini, pada 11.36 malam, 2 Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya didenda tidak melebihi RM3 juta atu penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pembantu Pegawai Penguatkuasa KPDN Muhammad Izzat Arif Ishak menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Izralizam Sanusi membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Dis ini untuk sebutan semula kes. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings