the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cemar Sungai Kim Kim: Pemandu lori didenda RM100,000 manakala syarikat RM320,000

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan N. Maridass didapati telah melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke dalam sungai itu.

JAS memaklumkan syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.

Menurut JAS, kes Maridass serta syarikat P Tech Resources telah dibicarakan bersama dan seramai 38 saksi dipanggil memberi keterangan.

Kenyataan itu menyebut Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman pada 30 Nov selepas mereka mengaku bersalah.

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac mengejutkan negara apabila 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail.

Sementara itu, kenyataan tersebut memaklumkan JAS komited dalam menangani isu pencemaran alam sekitar dan semua pihak diingatkan serta diberi amaran tegas supaya tidak melakukan sebarang pelupusan haram sisa toksik dan berbahaya atau pencemaran alam sekitar.

“Adalah menjadi tanggungjawab pihak industri untuk memastikan pengurusan alam sekitar termasuk buangan toksik dan berbahaya (buangan terjadual), kawalan pencemaran udara dan air dilaksanakan dengan sempurna bagi mencegah berlaku pencemaran yang berpotensi memberi risiko kepada alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings