Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Usaha promosi banteras rasuah perlu dipergiat – SPRM

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Ketua Agensi Peneraju (KAP) yang terlibat dalam pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 diseru mempergiat usaha promosi dan publisiti pencapaian mereka membanteras rasuah mengikut peranan masing-masing.

Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Idris Zaharudin berkata usaha itu mustahak bagi memperlihatkan iltizam kerajaan dalam menambah baik dan memperkemas tatakelola serta pembanterasan rasuah secara konsisten.

Beliau menekankan bahawa promosi ini bukan sekadar untuk meningkatkan persepsi positif dalam kalangan masyarakat tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Dalam Mesyuarat Penyelarasan Prestasi NACS pada 11 Nov 2024 dan 10 Jun tahun ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah memberikan penekanan khusus mengenai kepentingan promosi dan publisiti ini.

Selain Pelan Antirasuah Nasional (NACP), pencapaian NACS juga dijangka menjadi faktor utama dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Idris turut mengulas mengenai penubuhan Pasukan Petugas Khas CPI yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Langkah ini penting untuk memantau dan meningkatkan skor CPI negara, sambil menunjukkan komitmen berterusan semua pihak, bukan hanya SPRM, dalam memerangi rasuah,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Sesi Libat Urus Bersama 19 KAP dan Bahagian Dalaman SPRM di Bilik Mesyuarat Utama, BPGN.

SPRM turut mengucapkan tahniah kepada sembilan KAP, termasuk SPRM sendiri, yang telah berjaya melaksanakan 10 substrategi di bawah tanggungjawab masing-masing.

“Lima substrategi telah selesai pada 2024, manakala lima lagi berjaya disempurnakan sehingga 30 Jun lepas,“ jelas Idris.

Sebelum ini, Idris juga mempengerusikan Mesyuarat Pra-Majlis Pasukan Petugas Khas CPI sebagai persediaan bagi mesyuarat rasmi pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Tan Sri Azam serta ahli pasukan petugas termasuk ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, dan wakil Transparency International Malaysia (TI-M). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img