the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan kekasih ditahan tanam pokok ganja di kediaman sewa

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis tahan sepasang kekasih di Bangsar kerana menanam pokok ganja di kondominium sewa, rampasan bernilai RM1,210 termasuk ganja kering 27 gram.

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki menanam pokok ganja di kediaman sewa mereka di sebuah kondominium di Bangsar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua pokok disyaki ganja dan tumbuhan kering disyaki ganja seberat 27 gram, dengan nilai keseluruhan RM1,210,” katanya.

Suspek lelaki berusia 48 tahun mengaku mempelajari cara menanam pokok ganja melalui platform video dalam talian.

Beliau juga disahkan positif dadah dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes sama.

Polis turut menahan teman wanitanya berusia 40 tahun semasa serbuan itu.

Dua telefon bimbit dan beberapa barangan kemas termasuk tiga rantai, empat loket dan dua cincin turut dirampas.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa kediaman itu hampir setahun.

Mereka dipercayai mula menanam pokok ganja tersebut sejak tujuh minggu lepas.

Kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings