the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taman Arkeologi Angkor terima lebih setengah juta pelawat antarabanga sepanjang 10 bulan tahun ini

PHNOM PENH: Taman Arkeologi Angkor yang terkenal di Kemboja menerima sejumlah 602,570 pelawat asing dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 256 peratus, menurut kenyataan Angkor Enterprise pada Rabu.

Menurut syarikat milik kerajaan itu, tapak purba berkenaan memperoleh pendapatan AS$27.88 juta daripada jualan tiket sepanjang tempoh Januari-Oktober tahun ini atau peningkatan tahun ke tahun sebanyak 312 peratus.

Pada bulan Oktober sahaja, taman itu mengutip AS$2.92 juta hasil jualan tiket kepada 63,009 warga asing yang mengunjungi taman berkenaan.

Setiausaha Kementerian Pelancongan Kemboja Top Sopheak yakin dengan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap Angkor, yang dibangunkan oleh syarikat dari China, pada 16 Okt lepas ketibaan lebih ramai pengunjung boleh dijangkakan.

“Lapangan terbang antarabangsa itu penting dalam membantu meningkatkan sektor pelancongan, ekonomi, perdagangan dan pelaburan negara,“ katanya kepada Xinhua.

“Kami berharap ia akan menarik syarikat penerbangan antarabangsa baharu yang akan membawa lebih ramai pelancong dan pelabur ke wilayah Siem Reap, lokasi di mana terletaknya Angkor.”

Terletak di barat laut Kemboja, Taman Arkeologi Angkor seluas 401 km persegi itu yang tertera sebagai Tapak Warisan Dunia dalam senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1992, merupakan destinasi pelancongan paling popular di negara Asia Tenggara. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings