the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin: Penyelenggaraan tandas bagi 169 sekolah di N.Sembilan siap ikut jadual

SEREMBAN: Projek penyelenggaraan tandas bagi 169 sekolah di Negeri Sembilan telah siap sepenuh seperti dijadualkan pada penghujung Oktober, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Aminuddin berkata perbincangan dengan Pejabat Pembangunan Negeri memaklumkan bahawa kesemua kerja baik pulih yang bermula pertengahan Julai lepas itu melibatkan kira-kira 70 hingga 80 kontraktor berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai sasaran.

“Tahniah kepada kontrator yang telah menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya. Hari itu ada satu kontraktor lewat mulakan kerja, tetapi mereka dapat menyelesaikan mengikut masa ditetapkan,“ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Pembangunan Negeri, projek itu diselaraskan dan dipantau rapi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Pembangunan Negeri dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah.

ICU JPM dilaporkan berkata inisiatif itu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat yang menginginkan kemudahan tandas yang bersih dan selamat untuk keselesaan lebih lima juta pelajar dan 409,161 guru di negara ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Gorilla Technology raises Q2 2026 revenue outlook to at least US$44 million, driven by...

Gorilla Technology expects Q2 2026 revenue of at least US$44 million, significantly above market estimates, driven by contract execution and rising demand for AI infrastructure. The outlook represents more than 55% sequential growth and over 100% year-on-year revenue growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings