the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan kesihatan – JKNNS

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menasihatkan orang ramai terutama golongan berisiko tinggi supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu.

Pengarahnya Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata ia termasuk mengelak melalukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

“Selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Banyakkan berada berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai selain banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak kecil dan yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Selain itu, Dr Harlina turut menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa kawasan di dalam negara merekodkan IPU tidak sihat termasuk di Nilai dekat sini dengan bacaan semasa ialah 148. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings