the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shah Firdaus, Ridwan galas cabaran di suku akhir pecut individu

HANGZHOU: Jaguh berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom (gambar) dan adiknya Muhammad Ridwan, mara ke suku akhir acara pecut individu lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou hari ini.

Muhammad Shah Firdaus, 27, mengetepikan pelumba dari India David Beckham pada pusingan penyingkiran dengan mencatatkan masa 9.659 saat, 0.276s mengatasi wakil India itu dalam saringan lima.

Beliau bakal berdepan saingan sengit daripada pemenang pingat perak Kejohanan Asia dari Jepun Shinji Nakano, esok.

Muhammad Ridwan, 22, pula menempah tempah ke suku akhir selepas memenangi perlumbaan pada pusingan repechage dengan catatan masa 9.880s, mengatasi dua pelumba Korea Selatan Oh Jeseok (+0.031s) dan Kang Seojun (+0.165s).

Muhammad Ridwan yang meraih pingat gangsa acara pecut berpasukan lelaki bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Umar Hasbullah semalam, akan berdepan pelumba tuan rumah Zhou Yu di suku akhir.

Tumpuan kini terarah kepada pelumba adik beradik kelahiran Johor dalam acara pecut, berikutan penarikan diri Datuk Mohd Azizulhasni Awang kerana mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai.

Sementara itu, dua pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menamatkan saingan masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan dalam acara keirin wanita. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings