the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program penggantian kira-kira 1,000 kilometer (km) paip lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh (gambar) berkata kerja-kerja penggantian paip lama itu telah dimulakan sejak tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Kawasan paling banyak terlibat dengan program penggantian ini ialah Johor Bahru dan kita tumpukan di lokasi yang selalu mengalami masalah termasuk paip pecah, bocor, tersumbat dan banyak menerima aduan disebabkan paip sudah terlalu lama.

“Ini antara hala tuju kerajaan negeri untuk memastikan paip lama terutamanya di bawah tanah diganti dengan baharu supaya tiada air terbazir akibat paip pecah dan bocor,“ katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja penggantian paip di Jalan Tan Hiok Nee di sini hari ini.

Beliau berkata program penggantian itu merupakan 20 peratus daripada kerja-kerja menukar 6,000km paip lama yang dijadual diganti dengan paip baharu secara berperingkat.

Menurutnya paip lama tersebut perlu diganti segera berikutan pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd menerima 6,000 hingga 7,000 aduan berhubung kejadian paip bocor setiap bulan.

“Kita tidak terus tukar paip lama ini kerana ia akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada pemegang akaun yang ramai. Kita buat paip baharu terlebih dahulu, kemudian tukarkan sistem paip lama ke baharu supaya tidak ramai yang terlibat dengan gangguan bekalan air,“ katanya.

Mohamad Fazli sebelum ini dilaporkan berkata Johor mempunyai kira-kira 26,000km paip utama, dengan 6,000km daripadanya paip lama berusia antara 30 dan 40 tahun yang sering mengalami kerosakan termasuk mudah pecah ketika kerja-kerja pembaikan sekali gus menjejaskan bekalan air kepada penduduk sekitar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings