the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah Yusof: Kempen #saysomethingnice bakal diperluas kepada Ahli Parlimen, Adun

SUBANG JAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan menggerakkan perbincangan dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi memperluas pelaksanaan kempen #saysomethingnice kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai usaha menyatupadukan rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kempen seumpama itu perlu digerakkan untuk mengingatkan kepada ahli-ahli politik bahawa mereka juga perlu memainkan peranan dalam usaha mewujudkan penyatuan di Malaysia.

“Kita gerakkan juga usaha ini untuk membawa ahli politik di Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk bersama supaya kita mengingatkan mereka perlu menjadi ‘pemimpin’ untuk menyatukan rakyat dan kesatuan ini amat penting untuk kita jadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kempen perpaduan #saysomethingnice di Universiti Taylor di sini hari ini.

Fadillah berkata dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu sekarang apabila negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi, ia perlu bermula dengan perpaduan antara rakyat serta kesatuan dalam kalangan pemimpin.

“Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya menggalakkan semua lapisan masyarakat tak kira sama ada ahli politik, ahli korporat, rakyat perseorangan dan sebagainya untuk mula mengatakan apa sahaja yang baik supaya ia dapat menyatukan negara kita.

“Kita kena bersatu dalam tindakan dan aspirasi kita untuk menjadikan Malaysia lebih baik kerana kita dikenali sebagai sebuah negara bersatu-padu dan dihormati dunia,” katanya.

Kempen #saysomethingnice yang memasuki edisi kesepuluh digerakkan syarikat Zubedy (M) Sdn Bhd bersempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia dan akan berlangsung selama 17 hari bermula 31 Ogos ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Fadillah menggesa orang ramai supaya tidak berasa takut untuk menegur sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Kalau ahli politik tidak bercakap dengan betul, jangan takut beri teguran. Sekarang kita perlukan seluruh rakyat untuk sama-sama membina Malaysia lebih makmur dan sejahtera di mana kita dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai,” katanya.

Fadillah berkata kerajaan sentiasa konsisten memikirkan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan sejajar dengan kerangka perpaduan baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan berkonsepkan Perpaduan dalam Kepelbagaian bagi merealisasikan aspirasi Malaysia Madani.

Beliau berkata kerajaan juga menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara Malaysia (MPPN), sebuah majlis yang diwujudkan khas untuk menggalakkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan penduduk berbilang kaum.

“Peranan MPPN adalah untuk memastikan perpaduan kekal utuh demi masa depan Malaysia menerusi perbincangan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut, dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings