the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian

KUANTAN: Seorang penjual durian berputih mata selepas kerugian RM252,600 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman (gambar) berkata lelaki berusia 46 tahun itu pada mulanya telah berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu pemasaran dalam talian.

Beliau berkata mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada setiap tugasan yang dilaksanakan menerusi sebuah aplikasi dan telah menggunakan wang simpanan, selain meminjam wang daripada saudara dan rakannya untuk menceburi pekerjaan itu.

“Mangsa telah membuat sebanyak 55 kali pindahan wang ke 12 akaun bank berlainan yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lelaki itu yang kemudiannya menyedari dirinya terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan menerusi laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Katanya orang ramai perlu mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat dan diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings