the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN: Amirudin berdepan tiga penjuru di DUN Sungai Tua, Azmin lawan Juwairiya di Hulu Kelang

GOMBAK: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua berdepan persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos ini.

Amirudin berdepan calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Muhammad Hanif Jamaluddin dan G. Suman yang bertanding atas tiket Bebas.

Pencalonan ketiga-tiga calon itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Azlina Abdul Aziz di Pusat Penamaan Calon Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menang dengan majoriti 11,374 di DUN Sungai Tua selepas menewaskan tiga calon lain daripada BN, PAS dan Bebas yang berentap dalam pertandingan empat penjuru di DUN itu.

Sementara itu kerusi DUN Gombak Setia menyaksikan pertandingan tiga penjuru buat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-Umno).

Megat Zulkarnain akan bertemu penyandang Muhammad Hilman Idham (PN-Bersatu) dan calon Bebas Mohamed Salim Mohamed Ali.

Pengumuman calon DUN Gombak Setia itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Hasrul Hisham Abdullah.

Pada PRN14, Muhammad Hilman yang mewakili PKR menang dengan majoriti 12,399 undi sekali gus menewaskan Hasbullah Ridzwan (PAS) dan Megat Zulkarnain (BN).

Dalam pada itu, Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhadapan calon PH Juwairiya Zulkifli yang merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR bagi kerusi DUN Hulu Kelang.

Kedua-dua figura politik itu bertanding di kerusi baharu pada PRN kali ini.

Juwairiya yang merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR sebelum ini adalah Adun Bukit Melawati manakala Mohamed Azmin merupakan bekas ADUN Bukit Antarabangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile’s EngageLab Showcases AI-First Omnichannel Customer Engagement Solutions at The MarTech Summit Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Aurora Mobile Limited (NASDAQ: JG) ("Aurora Mobile" or the "Company"), a leading provider of customer engagement and marketing technology services, today announced that its AI-first customer engagement platform, EngageLab, successfully participated in The MarTech Summit Hong Kong on July 7, 2026.

Singaporeans don’t cancel brands – they silently leave them, Ogilvy’s inaugural 2026 APAC Believability...

Ogilvy released its first 2026 APACBelievability Index: The Power of Proof, a comprehensive study examining how consumers across Asia-Pacific (APAC) determine what and who they believe in an increasingly complex information environment shaped by AI-generated content, misinformation, fragmented media and declining confidence in corporate claims.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings