the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand dan Malaysia bersetuju eratkan hubungan perdagangan, pelaburan dan pelancongan

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan ketika bertemu di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan Chai Watcharong berkata Thailand dan Malaysia bersetuju bahawa mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala seterusnya perlu diadakan tidak lama lagi demi menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Bagi meningkatkan kerjasama, beliau berkata Thailand mencadangkan satu mesyuarat sektor perniagaan untuk membincangkan cara untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

“Perdana Menteri Srettha optimis mengenai masa depan hubungan antara Thailand dan Malaysia.

“Beliau komited untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi mengukuhkan hubungan berdasarkan kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau menambah bahawa Srettha juga menerima pelawaan Anwar untuk melawat Malaysia pada peluang pertama.

Srettha bertemu dengan Anwar buat kali pertama sebagai perdana menteri selepas dilantik pada 22 Ogos.

Beberapa menteri Kabinet dari kedua-dua negara turut hadir pada mesyuarat itu.

Chai berkata kedua-dua perdana menteri juga berikrar untuk bekerjasama mempromosikan pelancongan antara kedua-dua negara.

“Rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand tahun ini, dengan lebih 3 juta ketibaan,” katanya.

Sementara itu, Chai berkata kedua-dua perdana menteri itu juga berjanji untuk bekerjasama dalam isu keselamatan di sepanjang sempadan Thailand dan Malaysia serta proses damai di selatan Thailand.

Beliau berkata Srettha juga mengalu-alukan peranan Malaysia dalam memudahkan rundingan damai di wilayah selatan Thailand.

Pada masa ini, Malaysia menjadi fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun di selatan Thailand.

Bekas panglima angkatan tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin telah dilantik sebagai ketua fasilitator Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Jan tahun ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings