the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal – Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (gambar) berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya.

Siasatan membabitkan laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Mondy Tatoo, yang mendakwa dirogol pendakwah terlibat dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian yang dibuat pendakwah berkenaan terhadap dakwaan yang dibuat mangsa, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Shuhaily turut menafikan dakwaan bahawa telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi membantu siasatan.

“Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan, sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok daripada segi masa kandungan dan sebagainya.

“Buat masa ini polis masih lagi menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan,” katanya.

Mohd Suhaily turut mengesahkan Mondy yang juga pempengaruh media sosial itu, masih berada di negara ini selain menjelaskan permohonan maaf yang dibuat seorang lelaki yang dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang warga asing yang diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh mengenainya akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, esok.

“Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings