the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganalisis BNM: Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebih £9.45 juta wang pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 2014.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata wang itu daripada dua syarikat asing, Blackrock Commodities (Global) Ltd dan Vista Equity International Partners, dikuasai Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai rakan perniagaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan “880”, antara 23 Jun 2014 hingga 17 Dis 2014.

“Blackrock memindahkan £750,000 juta (RM4,093,500 mengikut kadar pertukaran ketika itu) pada 19 Jun 2014, manakala Vista Equity memindahkan £8,706,021.92 juta (RM45,825,918.13 pada kadar pertukaran ketika itu) ke dalam akaun yang sama melalui lima transaksi,” katanya.

Menurut pernyataan pembukaan pihak pendakwaan pada permulaan perbicaraan pada 2019, ia menyatakan jumlah tersebut (£9.45 juta) asalnya daripada 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Ltd, yang memperoleh dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Deutsche Bank Singapura.

Adam Ariff berkata akaun “880” Najib mempunyai RM100,000 sebelum £750,000 (RM4,093,500) didepositkan.

Saksi itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Najib, 70, hadir di mahkamah memakai sut biru dan bertali leher. Beberapa penyokongnya dilihat duduk di galeri awam di mahkamah.

Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 9 Okt. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings