the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu pacuan empat roda tular himpit kenderaan beri alasan ibu terjatuh

KLANG: Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang tular kerana menghimpit dan mengancam pengguna lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara pada Khamis lepas mendakwa terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin membantu ibunya yang cedera akibat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata lelaki berusia 29 tahun itu membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dengan ditemani peguam pada kira-kira 10 malam tadi.

“Berdasarkan keterangan, ketika kejadian suspek mahu ke rumah ibunya kerana ingin membawa wanita itu ke hospital,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu didapati negatif dadah dan dilepaskan dengan jaminan polis pada 3 pagi tadi. Kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menghimpit dan mengancam pengguna lain di lebuh raya itu menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Insiden berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Raja itu tular menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan kenderaan tersebut cuba menyelit semasa lalu lintas sesak. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories