the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib terima RM60.6 juta daripada Putera Faisal: Penganalisis BNM

KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun bank peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menerima lebih RM60.6 juta melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.

Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 23 2011 dan 13 Jun tahun sama.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata nombor akaun bank pelanggan yang membuat pesanan (Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud) adalah sama dengan nombor akaun bank Riyad yang dihantar dana oleh syarikat Good Star Ltd sebelum ini.

Good Star Ltd adalah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Akaun bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari perniagaan selepas Good Star Ltd menghantar dana ke akaun bak Riyad itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kedekatan jarak masa serta nilai dana yang dihantar dan dipindah itu, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa akaun bank Riyad telah digunakan sebagai pengantara bagi memindahkan wang daripada Good Star Ltd ke akaun Najib.

Terdahulu, Adam Ariff berkata dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011, Good Star Ltd telah menerima lebih US$810 juta daripada 1MDB.

“Pemeriksaan terhadap penyata bank Good Star bagi akaun bernombor 11116073, termasuk akaun semasa US$ bernombor 11116073.2000 dan akaun semasa CHF (Swiss franc) bernombor 11116073.2007, mengesahkan penerimaan dana daripada 1MDB dan Pengarah Petrosaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid,” katanya.

Beliau berkata 1MDB telah memindahkan US$700,000,000 dan US$110,000,000 ke akaun RBS Coutts milik Good Star.

“Sebelum menerima US$700 juta daripada 1MDB, baki dalam akaun Good Star ialah kosong,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings