the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli akademik: Elak ceramah politik bangkitkan kemarahan, kebencian

KUALA LUMPUR: Pihak yang berkempen dan menyampaikan ceramah politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan kemarahan individu lain.

Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kenyataan dalam ceramah mereka juga perlulah berdasarkan fakta dan data.

“Rakyat semakin peka untuk menilai manakah parti yang matang dan jujur, dan manakah parti yang suka berbohong dan fitnah.

“Jadi pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ini wajar menjadi pengajaran kepada semua.

“Soal salah atau tidak itu akan diputuskan oleh mahkamah, namun semua pihak dari semua parti perlu lebih peka dan berhati-hati dalam musim kehangatan pilihan raya ini,“ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian dan permusuhan serta menimbulkan perkara sensitif sehingga boleh mencetuskan perbalahan.

“Persaingan politik sepatutnya berlaku secara sihat dengan masing-masing menawarkan barisan kepimpinan terbaik dan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

“Memang isu 3R (agama, raja dan kaum) sebahagiannya sensitif… penjelasan yang dibuat itu perlulah berfakta, tepat dan tiada unsur hasutan dan fitnah,“ katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kerajaan, Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa COLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Noor Farihah Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara sememangnya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun ada batasnya.

“Ucapan yang dibenarkan perlu berbentuk membina dan dilaksanakan untuk tujuan dan matlamat yang betul, demi keadilan dan kebenaran serta kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata ahli politik dan orang awam perlu lebih peka dan mempunyai tanggungjawab menyampaikan idea dan pandangan yang bijak dan bernas, serta tidak berbaur provokasi sehingga boleh menimbulkan ketegangan mana-mana pihak.

“Bagi orang awam pula mereka perlu pandai menapis ucapan yang diberi supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik dan tepat, bukan atas dasar emosi.

“Mereka juga perlu bijak dan kritikal dalam menilai ucapan yang disampaikan oleh ahli politik agar tidak terikut-ikut dengan sentimen yang tidak sihat,“ katanya.

Selasa lepas, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings