the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air: Air Selangor

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.

Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, walaupun kerja-kerja tersebut mengalami sedikit kelewatan namun ia tidak menjejaskan pemulihan penuh bekalan air kepada para pengguna di kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

“Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor turut memberitahu bahawa bekalan air dari LRA Sungai Langat dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, Khamis ini.

Dalam perkembangan lain, Air Selangor turut memaklumkan bekalan air ke kawasan terjejas susulan henti tugas sementara di empat LRA disebabkan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor telah pulih 24.5 peratus setakat 7 malam ini.

Menurut Air Selangor, bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam, 12 Okt.

Empat LRA terlibat ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang.

Sementara itu, Air Selangor menyarankan kepada pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Menurut kenyataan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” menurut kenyataan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings