the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Tanggungjawab Fiskal tambah baik rangka kerja perundangan kewangan awam

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (RUU KATF 2023) dijangka dapat menambah baik rangka kerja perundangan kewangan awam dan menjadi pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 (ATK 1557).

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) berkata ini kerana RUU KATF 2023 memberi tumpuan kepada dasar dan strategi kerajaan dalam pengurusan fiskal manakala ATK 1957 menekankan aspek pengurusan dan kawalan kewangan awam.

“RUU ini merupakan kali pertama dibentang dalam negara dan ia penting dalam melaksanakan kebertanggungjawaban, ketelusan dan tanggungjawab kepada dasar fiskal dan ekonomi negara.

“Oleh itu, kita telah menetapkan dari segi dasar yang perlu diputuskan dan rangka yang ingin dicapai perlu diluluskan di Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tarikh kuat kuasa RUU tersebut bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Namun, dari segi logik seawal mungkin lah setelah kita bentangkan (bacaan kali kedua) esok supaya ia jadi salah satu perkara utama dalam Belanjawan 2024 pada Jumaat ini,” katanya.

RUU KATF 2023 mengandungi enam fasal dan dua jadual berteraskan kepada prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab seperti undang-undang tanggungjawab fiskal terkini di kebanyakan negara.

Prinsip tersebut ialah memastikan kestabilan makroekonomi, mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat dan memastikan pengurusan risiko fiskal yang berkesan.

Selaras dengan prinsip tersebut, Ahmad berkata kerajaan telah menetapkan sasaran iaitu perbelanjaan pembangunan tahunan sebagai peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya tiga peratus; baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak -3.0 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Sasaran itu juga memastikan paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak 60 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan jaminan kewangan sebagai peratusan kepada KDNK tidak melebihi 25 peratus.

Beliau berkata penekanan turut diberikan terhadap kebertanggungjawaban Menteri Kewangan kepada Parlimen dalam melaksanakan tanggungjawabnya menggubal dasar fiskal dan mengurus kewangan awam.

“Ini termasuk memastikan kemampanan dasar hasil, keberkesanan perbelanjaan serta pengurusan berhemat hutang dan risiko fiskal,” katanya.

Bagi terus meningkatkan aspek ketelusan dalam pelaporan kewangan kerajaan, Ahmad berkata beberapa laporan baharu juga akan diterbitkan, selain fungsi dan peranan Jawatankuasa Dasar Fiskal akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan dasar fiskal selaras dengan prinsip pengurusan fiskal bertanggungjawab.

Kerajaan akan meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana, kajian semula perbelanjaan awam dan pengenalan Akta Perolehan Kerajaan bagi memastikan nilai faedah terbaik dan kemampanan fiskal jangka masa panjang, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings