the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nombor plat klasik: SPRM “masuk” jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan “masuk” untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar) berkata suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.

“Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada lemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 8 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Ia rentetan pendedahan dokumen dikenali sebagai “JPJandora Papers” melalui saluran Telegram Edisi Siasat yang mendakwa wujud skandal di jabatan itu apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings