the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembentangan usul lantik wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah

PONTIAN: Kerajaan yakin tidak akan berdepan masalah dalam pembentangan usul pelantikan secara pentadbiran wakil kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) berkata usul itu akan dibentangkan menerusi Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 RUU LHDNM (Pindaan) 2023) yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 yang akan bersidang bermula Isnin ini.

Beliau berkata pembentangan itu sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun lepas sebagai menghormati dan memberi lebih kuasa kepada Sabah dan Sarawak atas semangat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63).

“Saya rasa tidak ada masalah, sebelum ini Menteri Kewangan diberi kuasa penuh untuk melantik siapa yang difikirkan sesuai tetapi sekarang ini kuasa Menteri Kewangan dihadkan dengan rujukan kepada Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak dalam pelantikan dua Ahli Lembaga LHDN.

“Dalam perkataan lain apabila kita menurunkan sedikit kuasa itu, bererti kita menghormati dan memberi lebih kuasa kepada Sabah dan Sarawak atas semangat (MTP-MA63),“ katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita sama ada terdapat masalah dalam membentangkan usul itu, selepas Program Kita Madani Negeri Johor 2023 di Dataran Majlis Perbandaran Pontian di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata pelantikan dua ahli lembaga itu penting dan wajar supaya mereka dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai jumlah hasil kutipan yang diperoleh di Sabah dan Sarawak.

“Selalunya Sabah dan Sarawak ingin mengetahui berapa banyak pendapatan daripada rakyat dan syarikat di kedua negeri itu, mereka ingin supaya hasil itu diberikan kembali Sabah dan Sarawak dengan adil.

“Kalau ada wakil daripada mereka, maka mereka dapat mengetahuinya dengan lebih terperinci jumlah kutipan hasil itu dan kemudian boleh kita merancang supaya hasil itu kita kembalikan dengan adil kepada Sabah dan Sarawak untuk pembangunan negeri berkenaan,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings