the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKD akan tubuh 38 PEDi dengan kos RM49.4 juta di P.Pinang

BATU KAWAN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menubuhkan sebanyak 38 Pusat Ekonomi Digital atau (PEDi) di Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM49.4 juta bagi melahirkan dan memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching (gambar) berkata peruntukan berkenaan meliputi kos pengoperasian PEDi sepanjang tempoh lima tahun.

Di samping itu, Teo berkata, sebuah PEDi akan dibina di Pulau Aman dengan anggaran kos sebanyak RM1.3 juta.

“Di Pulau Pinang, kita hanya ada tiga PEDi dan Pulau Pinang akan menerima PEDi tambahan sebanyak 38 buah PEDi baharu dan salah satunya di Pulau Aman.

PEDi di Pulau Aman adalah bertujuan untuk membantu seramai hampir 200 orang penduduk yang dahulunya amat terkesan dengan COVID-19 kerana kemudahan liputan mudah alih yang terhad,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Gemilang @ Pulau Aman dalam lawatan kerjanya di sini hari ini.

Teo berkata, kesemua 38 PEDi diharapkan beroperasi sepenuhnya pada akhir Januari atau awal Februari tahun depan.

“Selain itu, kita turut bekerjasama dengan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada untuk melatih penduduk yang berminat untuk menjadi vendor.

Penduduk akan diajar pelbagai kemahiran antaranya cara untuk mereka poster dan pembungkusan,” katanya.

Teo berkata beliau berharapan besar agar melalui pelaksanaan PEDi, produk usahawan kecil yang akan dijual di Pulau Aman ini dapat memperluaskan pasaran ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

PEDi merupakan inisiatif utama KKD untuk komuniti setempat dalam memupuk penggunaan Internet secara positif dan membuka peluang kepada semua bagi mempelopori perniagaan secara dalam talian atau melalui platform e-dagang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings