the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand tawar pampasan 14.15 juta baht kepada mangsa tembakan pusat beli-belah

BANGKOK: Kerajaan Thailand dan sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menawarkan pampasan 14.15 juta baht (100 baht = RM12.68) kepada keluarga mangsa yang maut atau cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, keluarga mangsa yang meninggal dunia akan menerima 6.2 juta baht setiap seorang, iaitu 1.2 juta baht daripada kerajaan Thailand manakala 5 juta baht daripada sektor swasta, khususnya pusat beli-belah Siam Paragon.

Selain itu, Wangsuphakijkosol berkata mangsa yang cedera akan menerima 350,000 baht setiap seorang, dengan 50,000 baht daripada kerajaan manakala 300,000 baht dari pusat beli-belah Siam Paragon.

“Di samping itu, Giffarine Skyline Unity Co.,Ltd. telah menyatakan hasratnya untuk menyumbang 1 juta baht kepada kerajaan untuk usaha bantuan kepada mereka yang terjejas oleh insiden tragis ini,” katanya.

Tragedi menyayat hati itu berlaku pada Selasa apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol yang diubah suai, melepaskan tembakan dalam lingkungan Siam Paragon. Perbuatan itu mengakibatkan kehilangan nyawa, termasuk seorang warga China dan Myanmar manakala lima lagi cedera.

Remaja itu kini berdepan dengan lima pertuduhan, termasuk membunuh terancang dan pemilikan senjata api secara haram.

Awal hari ini, Timbalan Setiausaha Tetap bagi Hal Ehwal Luar, Nathapol Khantahiran, mempengerusikan mesyuarat antara agensi Pusat Perintah Situasi (SCC). Tujuan mesyuarat itu adalah untuk memudahkan penyelarasan dan integrasi tindakan yang lancar di antara agensi utama sebagai tindak balas kepada insiden tembakan.

Sementara itu, ibu bapa suspek memohon maaf kepada keluarga si mati, mangsa yang cedera dan keluarga masing-masing.

Dalam surat yang ditujukan kepada pihak yang terjejas, bapa suspek menyatakan kekesalan yang mendalam dengan menyatakan, “Saya dan keluarga saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf yang mendalam kepada keluarga si mati, yang cedera dan keluarga mereka yang paling terjejas oleh kejadian ini dan kepada semua orang dari lubuk hati kami yang paling dalam, dengan penuh hormat kami.

“Kami juga amat kesal dengan kerosakan dan impak kepada negara secara keseluruhan,“ kata bapa itu dalam sepucuk surat.

Beliau seterusnya mengesahkan bahawa anaknya kini ditahan di Pusat Pemerhatian dan Perlindungan Juvana mengikut arahan Mahkamah Juvana.

“Saya dan keluarga tidak memohon ikat jamin kerana kami berhasrat untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mencari fakta dan memastikan kejadian keganasan sama tidak berulang,” katanya.

Bapa tersebut berkata keluarganya berjanji untuk bekerjasama dengan polis, pegawai kerajaan dan setiap agensi yang diperlukan berhubung prosiding undang-undang itu serta menyokong sebarang pengurangan dan usaha untuk membetulkan kesan peristiwa ini sebaik mungkin. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings