the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu

NEW DELHI: India mengarahkan penutupan sekolah dan beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran tebing Sungai Yamuna berpindah ke tempat lebih selamat di tengah-tengah amaran banjir di ibu negara India, New Delhi.

Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan selepas bacaan paras air tertinggi dicatatkan di Sungai Yamuna.

Beberapa kawasan berhampiran sungai itu dinaiki air pada Khamis.

Pentadbiran negeri New Delhi mengarahkan penutupan pejabat kerajaan yang tidak penting, sekolah dan kolej sehingga Ahad.

Pihak berkuasa juga melarang kemasukan kenderaan berat ke New Delhi kecuali yang membawa barangan keperluan seperti makanan dan bahan api.

“Telah diputuskan untuk menutup semua sekolah, kolej dan universiti sehingga Ahad. Semua pejabat kerajaan kecuali yang menyediakan perkhidmatan penting akan (membenarkan kakitangan) bekerja dari rumah.

“Sektor swasta turut dinasihatkan untuk bekerja dari rumah sebanyak mungkin,“ kata Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal kepada media.

Tiga loji rawatan air yang terletak di Wazirabad, Chandrawal dan Okhla, yang menghasilkan 25 peratus air minuman di bandar itu ditutup.

“Kami mungkin perlu membuat catuan air, orang ramai mungkin menghadapi kekurangan air untuk sehari dua,“ kata Kejriwal.

Kira-kira 20,000 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas dipindahkan dari kawasan berhampiran Sungai Yamuna.

Paras air sungai naik secara mendadak minggu ini berikutan pelepasan sejumlah besar air dari benteng Hathnikund oleh negeri jiran Haryana.

Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri di utara India, termasuk di Himachal Pradesh, Punjab, Uttarakhand dan Uttar Pradesh.

Perjalanan rentas negeri terjejas akibat beberapa jambatan runtuh, tanah runtuh dan kerosakan pada lebuh raya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings