the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (gambar), pada majlis penyerahan watikah pemilihan kepada Kontinjen Malaysia ke temasya berkenaan, hari ini.

“Kedua-dua Shah Firdaus dan Sivasangari mempunyai reputasi yang besar dan dilihat sebagai prospek pingat di Hangzhou. Saya berharap mereka menjadi inspirasi kepada atlet lain, terutamanya yang kali pertama menyertai temasya besar ini,” katanya.

Sivasangari sebelum ini dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Komanwel 2022 Birmingham, namun tidak dapat beraksi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jun tahun lepas.

Mohamad Norza turut mengumumkan pemilihan Presiden Persekutuan Tinju Malaysia Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan bekas atlet gimrama Prof. Madya Dr Farrah Hani Imran, sebagai Timbalan Ketua Kontinjen bagi temasya itu, untuk membantu Ketua Kontinjen Datuk Chong Kim Fatt dalam urusan berkaitan penyertaan, logistik dan kebajikan atlet negara di Hangzhou.

Mohamad Norza berkata mengikut kemas kini terbaharu, seramai 289 atlet dan 145 pegawai akan mewakili Malaysia di Sukan Asia kali ini.

Malaysia akan menyertai dalam 22 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan, termasuk terjun, badminton, berbasikal, ekuestrian, gimnastik, hoki, karate, memanah, skuasy, olahraga, taekwondo, esukan, tinju dan wushu.

Sementara itu, Shah Firdaus, 27, berkata pemilihannya sebagai pembawa Jalur Gemilang merupakan satu penghargaan dan motivasi, untuk menyumbangkan sesuatu di Sukan Asia nanti.

“Sebagai pembawa bendera, saya kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan atlet-atlet kita. Tekanan ada walaupun jika tidak menjadi pembawa bendera, cuma macam mana kita atasi tekanan itu yang paling penting.

“Pada temasya sebelum ini, saya selalu nak nikmati perlumbaan saya, sebaik saya dapat lakukannya saya boleh berkayuh dengan baik,” katanya yang bakal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu ketika ditemui selepas majlis itu.

Sivasangari, yang kini berada di Qatar untuk menyertai pertandingan, menerusi sebuah video berkata penghargaan membawa Jalur Gemilang dapat memberikan inspirasi kepadanya untuk menghadiahkan pingat buat negara. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings