the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid lawat pusat krisis kebangsaan New Zealand, temu komuniti Malaysia

WELLINGTON: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan melawat Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan New Zealand hari ini, bagi meninjau pendekatan negara ini dalam menangani bencana dan krisis nasional.

Lawatan ke fasiliti yang terletak di Bunker Beehive, Parlimen New Zealand berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian hari keempat lawatan kerja rasmi Ahmad Zahid ke negara ini, selaras peranan beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) negara.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan input berhubung sistem tindak balas kecemasan, penyelarasan agensi serta pemulihan pascabencana yang diamalkan oleh New Zealand, yang terkenal dengan kesiapsiagaan dan ketelusan dalam pengurusan krisis.

Selain itu, Ahmad Zahid turut dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertanian, Perdagangan dan Pelaburan New Zealand Todd McClay bagi membincangkan potensi kerjasama dalam aspek keselamatan makanan dan rantaian bekalan strategik.

Pada sebelah petang, Ahmad Zahid akan menghadiri majlis ramah mesra bersama komuniti Malaysia di Wellington, yang dijangka menghimpunkan lebih 250 rakyat Malaysia yang menetap di negara ini.

Ahmad Zahid dijangka menamatkan lawatan kerja beliau dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat (18 Julai).

Sepanjang lawatan bermula di Auckland pada 14 Julai, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan perniagaan tempatan termasuk Majlis Perniagaan ASEAN-New Zealand (ANZBC).

Pada hari kedua, beliau ke Rotorua bagi menghadiri Sesi Meja Bulat Perniagaan Komuniti Maori, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dalam pembangunan komuniti pribumi dan sosial.

Pada hari ketiga pula, beliau berada di ibu negara ini untuk mengadakan siri pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan kerajaan New Zealand di bangunan Beehive sebagai sebahagian daripada agenda memperluas hubungan dua hala Malaysia-New Zealand – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings