the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Pengangkutan bincang dengan empat peneraju industri perkapalan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan perbincangan dengan peneraju industri terkemuka empat syarikat perkapalan antarabangsa utama dalam lawatan kerja ke Eropah baru-baru ini.

Menterinya Anthony Loke (gambar) berkata perbincangan perbincangan itu berkisar tentang cita-cita Malaysia menjadi destinasi pilihan global untuk pemunggahan penghantaran barang dan logistik, serta komitmen penyahkarbonan negara dalam sektor maritim.

“Inisiatif-inisiatif ini penting untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah perdagangan antarabangsa dan mencapai matlamat Ekonomi MADANI,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.

Semasa lawatan kerja itu, Loke telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A.P. Møller – Mærsk Vincent Clerc di Copenhagen, Denmark; Ketua Pegawai Eksekutif Hapag-Lloyd AG Rolf Habben Jansen dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Mark Frese di Hamburg, Jerman.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MSC Kapt Gianluigi Aponte dan Presiden Kumpulan Diego Aponte di Geneva, Switzerland; serta Ketua Pegawai Eksekutif CMA CGM Rodolphe Saadé di Marseille, Perancis. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings