the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes (gambar) telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).

Dalam kenyataan pada Isnin, Capital A menjelaskan tindakan strategik ini, yang akan membolehkan beliau menumpukan masa dan usaha bagi mengembangkan perniagaan digital AirAsia dan Capital A, adalah seiring dengan visi beliau untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam sektor utama ini.

Tony, yang membeli QPR pada 2011, berkata meninggalkan QPR adalah satu keputusan sukar namun, ia dibuat berasaskan keazaman yang jelas iaitu masa dan kepakarannya diperlukan di tempat lain.

“Kini AirAsia kembali pulih sepenuhnya dan berkembang semula, saya ‘berhutang’ kepada Allstars (warga pekerja syarikat penerbangan itu) dan pemegang saham kami untuk memberikan 100 peratus tumpuan saya dalam membina semula perniagaan syarikat penerbangan dan mengembangkan syarikat digital untuk memberikan nilai luar biasa kepada penduduk Asean, dengan terdapat permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmatan kos rendah, bernilai tinggi,” katanya.

Selain itu, beliau mahu mengalihkan tumpuan kepada usaha memuktamadkan pelan penyusunan semula untuk mengeluarkan Capital A daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

“Saya yakin, keluar daripada PN17 adalah bergerak mengikut hala tuju yang betul. Langkah memperkukuh lembaran imbangan dan membina model pertumbuhan teguh dalam semua perniagaan daripada perniagaan syarikat penerbangan, logistik, pelancongan dan perniagaan teknologi kewangan digital serta perkhidmatan penerbangan juga semakin berlaku dengan pantas,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings