the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NGO pelawa Sanusi sertai dialog berkaitan isu sempadan Kedah-Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Sebuah badan bukan kerajaan Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewaris) merancang mengadakan dialog berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah dan menjemput Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) menyertai majlis itu.

Presiden Pewaris Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata dialog itu dapat merungkai kepastian dengan fakta sejarah berhubung kenyataan Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

“Andainya diizinkan, Pewaris mencadangkan supaya diadakan suatu majlis dialog di antara Pewaris dengan Muhammad Sanusi pada satu tarikh yang sesuai dan akan ditentukan oleh kedua-dua pihak.

“Saya harap beliau dapat beri respons perkara ini kerana kita tidak mahu kenyataan Menteri Besar Kedah itu adalah satu gimik murahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilapor berkata kedua-dua negeri tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah serta mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Mohd Yussof juga berkata sempadan Kedah dan Pulau Pinang wujud serta dinyatakan melalui Akta 325 yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata pihaknya berpendapat kenyataan Muhammad Sanusi itu memperlihatkan beliau sebagai individu yang kurang menyelidik atau sengaja mahu dilihat terlalu cerdik bagi meraih simpati pengundi dalam PRN. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings