the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR: Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau berkata kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda dan Mahkamah Rayuan Paris di Perancis boleh menjadi penutup kepada segala usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merampas hak serta harta negara ini.

“Ini juga membuktikan dakwaan kumpulan tersebut adalah gagal dan tidak boleh dilayan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister’ di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama antara pihak terlibat yang berusaha serta bersatu hati dalam mempertahan hak, harta dan kedaulatan Malaysia.

Pada 6 Jun lepas, Malaysia melakar sejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh penimbang tara antarabangsa Dr Gonzalo Stampa dan memutuskan Stampa telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

Terdahulu, ketika mengumumkan keputusan penting itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.

Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Award itu telah diberikan oleh Stampa pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings