the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh: Kerajaan sediakan 19 kediaman sementara tempatkan kakitangan SPRM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan 19 unit kediaman bagi menempatkan semua kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keluarga mereka yang terjejas akibat kejadian kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad berkata kediaman itu disediakan berhampiran dengan akademi berkenaan selain beberapa kemudahan kerajaan lain turut digunakan untuk memastikan operasi akademi tersebut terus berjalan lancar.

“Saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Datuk Seri Hasnol Zam Zam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) (Zulkipli Nasri) buat keputusan untuk beri kemudahan penginapan kepada mereka yang terlibat.

“Jadi kita sediakan 19 rumah untuk pindahkan mereka ke kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka tinggal di sini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi runtuhan di sini hari ini.

Sebelum ini, MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari, Selasa lepas.

Ia melibatkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai yang dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat.

Sementara itu, Zulkapli berkata satu jalan alternatif juga dibina buat sementara waktu bagi memudahkan pegawai terlibat menjalankan tugas seperti biasa serta untuk mengeluarkan kenderaan MACA dari kawasan akademi itu dengan kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dua minggu.

Selain itu, katanya kerja-kerja pemasangan alat pengesan pergerakan tanah di lokasi runtuhan dilakukan bermula hari ini bersama-sama kerja-kerja pembersihan runtuhan.

“Kita akan pasang sensor untuk pantau sama ada pergerakan tanah atau tidak. Dari situ kita akan buat reka bentuk yang betul dan dalam sesingkat mungkin akan cuba buat balik akses sebagaimana sedia ada… bergantung kepada keadaan tanah,“ katanya.

Penilaian dan analisis bersama JKR dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam mengekalkan keputusan siasatan awal sebelum ini yang mendapati punca kejadian pada Selasa lepas adalah disebabkan dua faktor utama iaitu takungan air di sebelah pagar MACA serta kebocoran paip di bawah tanah yang telah berusia 40 tahun. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings