the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fasa kedua ANMS fokus kesejahteraan rakyat melalui budaya hidup sihat

KANGAR: Fasa kedua Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) memberi fokus kepada usaha menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar).

Beliau berkata ia meliputi beberapa hala tuju dan inisiatif yang merangkumi dasar, polisi dan implikasi kewangan untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat utama iaitu menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera.

“Selain penganjuran karnival-karnival kesihatan sepertimana yang diadakan pada hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha mencari idea dan pendekatan baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan yang sihat menerusi mesej promosi dan pendidikan kesihatan,“ katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Sihat Milik Semua Peringkat Negeri Perlis 2023 di sini.

Karnival itu diadakan bersempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan ke-80 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan karnival berkenaan, berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dr Zaliha berkata untuk mencapai hasrat itu, pelbagai kempen dilaksanakan di bawah Teras 1 ANMS iaitu memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah media seperti media sosial, media konvensional, media cetak dan digital.

Katanya di peringkat negeri Perlis pula, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) aktif menggunakan Facebook sebagai wahana menyampaikan mesej kesihatan buat rakyat di negeri ini termasuk menganjurkan program aktiviti kecergasan yang dijalankan setiap Rabu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings