the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Henti fitnah Persekutuan tindas negeri tak sokong Kerajaan Perpaduan: PM

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan menekan dan menindas kerajaan negeri yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan adalah satu fitnah yang tidak berasas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (pix).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun terdapat tohmahan yang berterusan kepadanya berkait perkara berkenaan, namun hakikatnya Kerajaan Perpaduan pimpinannya membantu dan memberi perhatian kepada semua tanpa mengira negeri.

“Tidak benar sekali…umpamanya jumlah peruntukan kepada negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah…itu lebih daripada semasa mereka memerintah selama tiga tahun.

“Oleh itu saya minta fitnah ini dihentikan, Dewan Negara ini, boleh tunjuk contoh baik, kritikan itu dibenarkan, teguran…saya sedia membuat pengubahsuaian setelah mendengar pandangan, tetapi fitnah tidak boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Anwar pada masa sama berkata kadangkala fitnah yang ditabur terhadapnya adalah daripada pemimpin besar termasuk ketua-ketua parti.

“Kononnya Menteri Kewangan ini tindas, tak beri peruntukan pada negeri, atau lewat atau kurangkan, semua fakta ini salah.

“Kalau kita hujah guna al-Quran, guna hadis dan berpakaian seperti ulama, tapi buat kenyataan begini, jadi tanggungjawab saya, saya bukan serang ulama, tapi saya menyerang, membetulkan fakta yang salah itu,” katanya.

Anwar berkata tohmahan, sebaran fitnah dan maklumat yang tidak benar itu adalah satu perkara yang bertentangan dengan semangat kebenaran dan tatakelola. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings