the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan muat naik kandungan hina raja, provokasi kaum

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di Seremban, kerana disyaki memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja dan provokasi perkauman menerusi laman sosial Twitternya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata polis turut merampas satu telefon bimbit dan dua kad sim semasa menahan lelaki terbabit yang dipercayai pemilik akaun @haziqmahmur9.

Noorsiah berkata kes lelaki berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja dan kerajaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara terutamanya melibatkan isu 3R (Bangsa, Agama, Raja).

Katanya tindakan tegas boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings