the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand hantar bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas akibat siklon di myanma

BANGKOK: Thailand menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar untuk disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat Siklon Mocha.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan dua penerbangan khas Tentera Udara Diraja Thailand yang membawa bantuan kemanusiaan sumbangan Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthidatiba, tiba di Lapangan Terbang Mingaladon, Yangon, Myanmar pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Sumbangan bantuan kemanusiaan itu meliputi khemah, selimut, tuala, ubat-ubatan, makanan kering dan barangan bantuan lain yang diperlukan.

Duta Thailand ke Myanmar, Mongkol Visitstump, menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Luar Myanmar U Than Swe dan Menteri Kebajikan Masyarakat Wilayah Yangon U Aung Win Thein serta beberapa wakil lain.

“Bantuan kemanusiaan itu turut mendapat kerjasama daripada sektor awam dan swasta Thailand, termasuk Persatuan Palang Merah, Dewan Perniagaan dan Lembaga Perdagangan, PTT Exploration and Production (PTTEP), SCG dan Persatuan Thailand-Myanmar untuk Persahabatan,” menurut kenyataan itu

Pada Isnin, bagi pihak rakyat dan kerajaan, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyampaikan ucapan takziah susulan siklon yang menjejaskan penduduk dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Prayuth turut menyatakan harapan ikhlasnya agar Myanmar dapat mengharungi tempoh sukar ini.

“Thailand bersedia untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan oleh Myanmar,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings