the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin Covid-19 yang luput

BRUSSELS: Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.

“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang Covid-19,” kata Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.

Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baharu yang telah dibangunkan, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings