the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan arah pesakit tidak stabil discaj

SEREMBAN: Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan yang mengatakan arahan dikeluarkan kepada pesakit yang masih tidak stabil untuk discaj dari wad hospital berkenaan, seperti yang tular di laman Facebook.

Pengarahnya Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.

“HTJ memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan membincangkan mengenai aduan yang tular ini.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, tular catatan menerusi Facebook seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa suaminya diarahkan untuk discaj dari wad di HTJ walaupun masih berada dalam keadaan tidak stabil. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings