the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Kementerian Kkewangan akan buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular di media sosial yang mengatakan bahawa bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (pix) telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan surat pembatalan itu ditandatangani oleh pegawai Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan di sini hari ini kementerian itu berkata pihaknya memandang serius tuduhan berkenaan, dan laporan polis akan dibuat berhubung dakwaan palsu itu.

Menurut kenyataan itu Kementerian Kewangan sama ada melalui bekas Menteri Kewangan dan/atau pegawai-pegawainya, tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Menurutnya Yayasan Albukhary diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.

Selasa lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Parlimen mengesahkan Lim tidak pernah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sepanjang kira-kira dua tahun memegang jawatan Menteri Kewangan bermula Mei 2018 lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings