the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Maslan: Jumlah kediaman siap dibina tidak terjual turun kepada 27,746 unit

PUTRAJAYA: Bilangan kediaman siap dibina tidak terjual turun kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) berkata Johor mengekalkan jumlah dan nilai kediaman tidak terjual tertinggi sebanyak 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion, diikuti Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion manakala Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion).

“Kediaman berharga dalam lingkungan RM500,000 hingga RM1 juta mencatat jumlah tidak terjual tertinggi sebanyak 9,323 unit bernilai RM6.29 bilion atau 33.6 peratus daripada keseluruhan kediaman siap dibina yang tidak terjual.

“Bagi kediaman berharga di bawah RM300,000 pula sebanyak 6,509 unit di seluruh negara dengan nilai RM1.34 bilion dan berharga RM300,000 hingga RM500,000 pula berjumlah 8,128 unit dengan nilai RM3.29 bilion,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di sini, hari ini.

Ahmad berkata laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mengenai kediaman siap dibina tidak terjual juga menunjukkan masih terdapat banyak kediaman mampu milik yang boleh dibeli rakyat.

“Ada hartanah di bawah (harga) RM300,000 yang masih banyak tidak terjual dan ini sebenarnya memberi peluang untuk membeli hartanah mampu milik,“ katanya.

Ditanya mengenai punca berlakunya kediaman siap dibina tidak terjual, Ahmad berkata ini termasuk faktor kemampuan rakyat membeli rumah serta penawaran rumah di lokasi yang tidak menepati permintaan.

Melaka sebaliknya muncul sebagai negeri yang menepati nisbah harga rumah mampu milik dengan keupayaan pembeli, kata beliau.

“Di negeri lain sepatutnya harga lebih rendah…tapi apa berlaku di pasaran adalah lebih tinggi. Contohnya, keupayaan di negeri itu RM200,000 namun yang dibina RM250,000.

“Pemaju perumahan ini perlu membuat penilaian kemampuan rakyat di negeri terbabit,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings