the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penipuan dalam talian: Kerajaan teliti peruntukan undang-undang untuk kembalikan wang mangsa

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau dipinda untuk membolehkan pengembalian wang kepada mangsa penipuan dalam talian, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh (gambar) berkata Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah antara yang sedang diteliti.

“Selain itu, dalam usaha menangani isu penipuan dalam talian, kerajaan juga telah dan akan melaksanakan langkah-langkah bagi memerangi jenayah ini dengan mempertingkatkan usaha dan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil terhadap penjenayah yang berada di luar negara.

“Meningkatkan keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berkaitan pengoperasian, sumber tenaga kerja, sistem data berpusat, kemudahan infrastruktur pejabat, peralatan technicality dan sistem analisis kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Husain Awang pada sesi soal jawab lisan mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani isu penipuan dalam talian yang semakin kritikal.

Ramkarpal berkata menerusi pengoperasian NSRC yang menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran pelbagai agensi temasuk institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi, tindakan penguatkuasaan bersepadu boleh dilaksanakan.

“Antaranya tindakan menjejak transaksi kewangan mencurigakan, menjejak panggilan telefon yang digunakan scammer (penipu), menyekat aliran wang hasil (penipuan) dan membatalkan nombor telefon yang digunakan scammer,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUKTECH Hosts Its First “Charge & Connect” Event, Officially Strengthening Its Presence In Vietnam’s...

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Technology brand CUKTECH successfully hosted its first "Charge & Connect" event at The VIBES Events & Dining, officially introducing its next-generation charging ecosystem to the Vietnamese market.

Thailand Approves $1.99 Billion in New Investment, Led by AI and Advanced Electronics

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Thailand has approved nine major investment projects worth a combined USD 1.99 billion (66.3 billion baht) in high-value sectors, including artificial intelligence (AI), advanced electronics, aviation, clean energy, and food as global manufacturers reposition their supply chains across Southeast Asia.

Genetic Study Reveals Multiple Introductions and Human-Mediated Spread of Invasive Blackchin Tilapia in Thailand

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Researchers from Aquatic Resources Research Institute (ARRI), Faculty of Science, Chulalongkorn University have recently uncovered new genetic evidence explaining how the invasive blackchin tilapia (Sarotherodon melanotheron), a species native to West Africa, became established throughout Thailand.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings