the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zuraida fail tindakan undang-undang mohon RoS iktirafnya sebagai Presiden PBM

KUALA LUMPUR: Datuk Zuraida Kamaruddin memfailkan tindakan undang-undang untuk memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengiktirafnya sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida, 65, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap RoS sebagai responden menerusi Tetuan Ashmeer Ashrof di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Mac lepas.

Dalam permohonan tersebut, bekas Ahli Parlimen Ampang itu memohon deklarasi bahawa tindakan responden mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein sebagai Presiden PBM adalah tidak sah selain memohon perintah mandamus mengarahkan RoS mendaftar atau mengiktirafnya sebagai presiden PBM berkuat kuasa dari 7 Okt 2022.

Menerusi afidavit sokongan, beliau berkata menerima surat daripada PBM pada 27 Okt 2022 yang memaklumkan mengenai pelantikan beliau sebagai Presiden PBM berkuat kuasa 7 Okt 2022.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau telah menerima surat daripada parti berkenaan bertarikh 19 Dis lepas yang menyatakan Soon mengisytiharkan diri sendiri sebagai Presiden PBM dan menggantung keahliannya.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Dis 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya.

“Memandangkan YB (Yang Berhormat) Larry Soon telah dikekalkan oleh responden sebagai presiden PBM, tiada keperluan bagi PBM untuk mematuhi Fasal 14 di bawah perlembagaannya untuk memecat saya. Pemecatan saya yang tidak sah ini telah mendapat siaran media dan ini mengakibatkan kerosakan teruk kepada imej politik saya.

“Saya percaya bahawa sekiranya responden telah mendaftarkan saya sebagai Presiden PBM setelah menerima surat tersebut, saya tidak mungkin boleh dipecat secara tidak berpelembagaan,” kata Zuraida dalam afidavit itu.

Sementara itu, peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Zuraida ketika dihubungi berkata permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings