the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hussein: Ketua Polis Daerah, Balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas

SUBANG JAYA: Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata ia bagi memastikan usaha pihaknya untuk membanteras aktiviti judi di negeri itu dapat dijalankan dengan berkesan.

“Aku janji daripada Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai merupakan satu usaha berterusan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mana-mana Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai yang didapati tidak seiring dengan aku janji, mereka akan dikenakan tindakan dalaman serta tatatertib dan telah ada mereka yang dikenakan tindakan ini dan ia akan dipantau dari semasa ke semasa,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah di Universiti Sunway di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata aktiviti judi dalam talian di Selangor berada pada paras yang minimum susulan serbuan berterusan oleh pihaknya ke atas premis yang digunakan bagi aktiviti jenayah itu.

“Serbuan akan dilakukan secara habis-habisan untuk pastikan tiada lagi aktiviti judi haram di Selangor,“ katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan ketua polis daerah di seluruh negara agar tidak menjadikan surat aku janji yang ditandatangani setiap bulan sebagai ‘kertas tisu’.

Ayob Khan turut mendedahkan terdapat Ketua Polis Daerah kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman bagi mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings