the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan akan adakan siri jelajah perjelas isu kumpulan sulu di luar negara: Zahid

KOTA BHARU: Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata tujuan jelajah itu diadakan untuk menjelaskan bahawa kumpulan Sulu itu pengganas, selain mengelakkan persepsi tidak baik kepada Malaysia yang melakukan kezaliman kepada mereka.

“Penjelasan berhubung isu tuntutan kumpulan Sulu ini perlu dilakukan, kerana masyarakat dunia tidak mengetahui perkara sebenar dan mendakwa kononnya mereka ini golongan pemisah.

“Perkara ini perlu dihebohkan, kerana mereka ini bukan sahaja dikategorikan sebagai penyeludup atau penceroboh, tetapi juga sebagai pengganas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Kakitangan KEMAS Kelantan, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan negeri, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Sebelum ini, Sekretariat Khas Sulu memaklumkan Malaysia sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang tuntutan kumpulan Sulu, dalam usaha memelihara kedaulatan negara.

Kerajaan juga sedang membuat semakan lanjut, untuk menentukan sekiranya mana-mana daripada lapan penuntut kumpulan tersebut mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Tentera Diraja Sulu (RSF), yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa hak dan tuntutan penuntut itu tidak sah, terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah, melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings