the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis Sekretariat Kerajaan Perpaduan: Zahid

BENTONG: Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.

“Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.

“Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat negeri Pahang, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh menteri dan timbalan menteri daripada Umno ketika penubuhan Kerajaan Perpaduan mencapai 100 hari, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau prestasi kesemua menteri dan timbalan menteri terhadap perkhidmatan yang diberikan mereka di kementerian antaranya melalui jawapan pada sidang Dewan Rakyat serta kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

“Apa yang penting mereka dapat memenuhi harapan rakyat kerana imej mereka malah saya sendiri adalah cerminan kepada imej Umno… khidmat yang diberikan telah mengubah persepsi bahawa tokoh-tokoh Umno boleh memberikan perkhidmatan yang baik,“ katanya.

Ditanya mengenai harapannya berhubung pemilihan calon pimpinan peringkat tertinggi Umno bagi tempoh 2023-2026, Ahmad Zahid berkata beliau yakin perwakilan mempunyai cukup pengetahuan dalam menentukan gabungan kepimpinan baharu yang boleh melonjakkan perjuangan parti ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata berdasarkan trend pemilihan Ketua Wanita, Pemuda, Puteri dan barisan exco pergerakan sayap Umno yang dimuktamadkan semalam, beliau yakin seluruh perwakilan bagi peringkat tertinggi memahami bahawa ahli parti mahukan kesinambungan dan keseimbangan dalam kepimpinan yang akan dibentuk.

“Harapan saya agar ada kombinasi antara yang lama dan muka baharu dapat diketengahkan kerana faktor ini penting dalam merelevenkan Umno dengan semua peringkat umur atau kumpulan generasi,“ katanya.

Pemilihan jawatan Naib Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi akan berlangsung pada Sabtu ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings