the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sri Pahang kekal rekod tanpa kalah, Kedah naik ke posisi kedua

KUALA LUMPUR: Dua gol pada separuh masa pertama sudah memadai buat Sri Pahang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan selepas membenam PDRM 2-1 pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Kejayaan Sri Pahang mengutip tiga mata bukan sahaja mengubat kekecewaan Sabtu lalu selepas seri 1-1 menentang Kedah Darul Aman di laman sendiri, malah membolehkan skuad Tok Gajah memintas Sabah di tangga keempat dengan kelebihan jaringan selepas berkongsi 13 mata.

Pemain sayap, Muhd Baqiuddin Shamsudin membuka tirai jaringan skuad bimbingan Fandi Ahmad pada minit ke-18 selepas menjaringkan gol pertamanya musim ini sebelum penyerang Kpah Sherman menggandakan kedudukan empat minit kemudian sekali gus meledak gol keempatnya musim ini.

PDRM yang melakar dua kemenangan berturut-turut sebelum ini, bangkit merapatkan defisit jaringan pada separuh masa kedua menerusi tandukan James Okwuosa pada minit ke-76, namun gagal memburu gol penyamaan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada masa sama, Kedah Darul Aman turut meraih tiga mata berharga biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas mengatasi Penang 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Layangan kad merah kepada Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman pada minit ke-53 susulan mengutip dua kad kuning tidak menjejaskan rentak pasukan yang berjaya menemui jaringan kemenangan pada minit ke-64 menerusi rembatan leret Wiliam Lira Sousa yang menewaskan Muhammad Azfar Arif Mohd Shukri di gawang.

Kejayaan itu menyaksikan Kedah Darul Aman naik ke posisi kedua, berkongsi 16 mata bersama Selangor di kedudukan ketiga, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

Sementara itu, Kuala Lumpur City FC meraih kemenangan sulung musim ini selepas mengatasi Sabah 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sekali gus menyaksikan skuad Sang Badak mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Dua gol skuad bimbingan Bojan Hodak masing-masing djaringkan pemain tengah T. Saravanan pada minit ke-15 dan pemain gantian Sean Giannelli pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Di Stadium Negeri, Kuching, jaringan pada masa kecederaan babak kedua pemain Kelantan United, Asraff Aliffuddin Yasin menafikan gol pembukaan Sirojiddin Kuziev pada minit ke-52 sekali gus menyekat hasrat Kuching City meraih tiga mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings