the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas itu turut menggabungkan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri dan Kementerian Ekonomi.

“Walaupun kekurangan gula hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu, saya berpandangan sebuah jawatankuasa Kabinet perlu diwujudkan bagi merangka langkah penyelesaian jangka panjang kepada isu ini.

“Susulan itu, mesyuarat di peringkat pegawai telah pun bermula dan kita menyasarkan tempoh sebulan diperlukan sebelum jawatankuasa mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Salahuddin berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi mendapatkan input dan pandangan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan pelan yang dirangka adalah bersifat komprehensif sekali gus membantu kerajaan menangani isu gangguan bekalan dan ketidakstabilan harga gula yang memberi kesan kepada rakyat secara lebih berkesan.

“Dengan pelan komprehensif dan langkah yang akan diambil kelak, saya yakin isu gangguan bekalan dan kestabilan harga gula akan ditangani sebaiknya,“ katanya.

Sebelum ini media melaporkan, bekalan gula di Kelantan dan Terengganu terputus sejak 22 April lepas sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga serta penduduk dan menurut KPDN, gangguan itu berpunca susulan penutupan sementara kilang gula MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang ekoran cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun kedua-dua kilang telah kembali beroperasi pada 25 April dan Salahuddin pada 2 Mei lepas mengumumkan gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings