the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pulau Pinang runding laluan penerbangan baharu dari Jepun

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang dalam usaha mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan Jepun untuk menjalankan kajian mengenai penerbangan terus antara negeri itu dan bandar-bandar di Jepun.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin (gambar) berkata inisiatif yang diambil itu adalah untuk mengadakan jalinan dengan syarikat penerbangan Jepun selain mengenal pasti laluan penerbangan baharu bagi membantu negeri itu mengambil peranan lebih besar dalam membawa pelabur asing ke wilayah utara Malaysia.

“Saya komited untuk meneroka segala usaha untuk menjadikannya satu realiti. Jepun, khususnya, dikenal pasti sebagai pasaran yang baik, dengan ekonomi yang kukuh dan berkembang serta industri pelancongan yang berkembang maju.

“Dijangka, laluan penerbangan baharu Pulau Pinang-Jepun boleh menyumbang kepada sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mencapai ketibaan 16.1 juta pelancong asing tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yeoh berkata sejak Jepun membuka sempadannya pada Oktober lepas, penumpang dari Jepun semakin meningkat sejak enam bulan lepas dengan jumlah 4,369 penumpang.

Beliau berkata inisiatif itu akan melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan pengantara perjalanan untuk mengenal pasti laluan baharu termasuk dari Jepun dan wilayah luar negara lain yang boleh ditambah kepada rangkaian sedia ada Pulau Pinang.

“Saya yakin kebanjiran pengunjung Jepun akan terus bertambah memandangkan aktiviti pelancongan semakin meningkat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings