the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yeoh: Jurulatih berbasikal terkait kes gangguan seksual letak jawatan

SHAH ALAM: Jurulatih yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara berbasikal bukit (MTB) telah meletak jawatan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan terhadap insiden gangguan seksual itu akan terus dilaksanakan memandangkan insiden itu sudah menjadi kes di bawah Kanun Keseksaan.

“Gangguan seksual ini wujud dalam Penal Code (Kanun Keseksaan) dan laporan polis telah dilakukan, namun kita kena pastikan setiap aduan disiasat dengan adil. Kalau ada tuduhan yang tidak benar, perlu pastikan ada keadilan kepada orang yang dituduh.

“Oleh itu biar siasatan berlaku dahulu, lepas polis dan pegawai pelindung daripada Majlis Sukan Negara (MSN) habiskan siasatan, baru kita akan komen lebih lanjut… untuk keadilan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pengumpulan dana bagi menghantar pasukan footgolf kebangsaan ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat hari ini.

Semalam, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab dilaporkan mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB.

Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis dua hari lepas, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan.

Yeoh berkata susulan itu, kementeriannya juga telah mengaktifkan pegawai pelindung dalam MSN selaras dengan Kod Sukan Selamat dan akan memantau siasatan kes itu terutama di peringkat MSN bagi memastikan tindakan dilakukan dengan cepat.

Menurut Yeoh beliau mahu kes berkenaan dijadikan contoh bagaimana ia dikendalikan menurut prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan Kod Sukan Selamat yang baru sahaja dilancarkan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kementeriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat sekiranya ada lagi aduan berhubung gangguan seksual.

“Saya tidak kira kalau pesalah itu adalah atlet nombor satu negara. Kalau ada kes seperti ini dan anda telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat, tindakan tegas akan diambil oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan),” katanya.

Mengulas mengenai persiapan atlet lain susulan kejadian itu, beliau berkata MSN akan memastikan seorang pegawai wanita dilantik bagi memastikan persiapan dan latihan pasukan berbasikal tidak terganggu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings