the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh badan berkanun KPKM diberi pajakan tanah usaha kawasan pertanian

KUALA LUMPUR: Tujuh badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini diberikan hak eksklusif untuk membangunkan 137 lot tanah Persekutuan berkeluasan 2,305.28 hektar sebagai kawasan pertanian bagi memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pemberian hak eksklusif itu dicapai menerusi pemeteraian perjanjian pajakan antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain bersama tujuh badan berkanun berkenaan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini semalam.

Tujuh badan berkanun itu ialah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Pemeteraian itu disempurnakan oleh Muhammad Azmi bersama Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim, Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli, Pengurus Besar MADA Kamarudin Dahuli, Ketua Pengarah LKIM Yusoff Othman, Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh, Pengurus Besar KADA Mohd Faizul Mustafa dan Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr Asfaliza Ramli.

Ia disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mohamad ketika berucap pada majlis tersebut berkata menerusi pajakan bernilai RM281,121.37 setahun itu, kerajaan dapat memastikan tahap keterjaminan makanan negara kekal terjamin selain membolehkan badan berkanun berkenaan menjana pendapatan sendiri.

“Dalam daya upaya kita memastikan tahap keterjaminan makanan negara kekal terjamin, usaha sama yang utuh amat diperlukan daripada pelbagai pihak dan rakyat melalui pendekatan whole of government dan whole of society,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata perjanjian pajakan dilaksanakan selaras dengan Seksyen 221 Kanun Tanah Negara 1965 [AKTA 828] (KTN 1965) dengan PTP selaku pemilik tanah yang berdaftar boleh memajakkan tanah PTP bagi tempoh maksimum 99 tahun, jika ia berkaitan dengan seluruh tanahnya dan 30 tahun jika ia berkaitan dengan sebahagian tanahnya.

Bagi tanah rizab Persekutuan pula, mengikut Perkara 85(4) Perlembagaan Persekutuan, beliau berkata kerajaan Persekutuan boleh memberi apa-apa hak menduduki, mengawal atau menguruskan atau suatu penyewaan atau pajakan, keseluruhan atau mana-mana bahagian tanah itu kepada mana-mana orang dan untuk apa-apa tempoh.

“Perjanjian pajakan ini membolehkan badan berkanun di bawah seliaan KPKM mendapat kepentingan eksklusif sebagai badan korporat untuk mengawal selia, membangunkan dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan tanah atau fasiliti yang didirikan di atasnya dengan lebih teratur, cekap dan menepati kehendak undang-undang.

“Mekanisme perjanjian pajakan ini juga dilihat dapat membuka peluang baharu kepada badan berkanun yang terlibat dalam merencana serta mengorak langkah proaktif, agar terimaan hasil dapat diperkembangkan, seterusnya mengurangkan kebergantungan peruntukan kewangan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings